Waspada Dengan Panggilan Atau SMS Dari TH Menawarkan Bantuan Dana Bagi Permohonan Rayuan Musim Haji 2023

TULAR:
703

Menurut kenyataan Tabung Haji (TH):

Pendeposit TH dinasihati untuk sentiasa berhati-hati dengan panggilan atau pesanan ringkas daripada nombor tidak dikenali yang meminta maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan dan nombor Akaun TH.

Tabung Haji tidak pernah melantik mana-mana individu atau pihak ketiga untuk menawarkan sebarang bantuan dana bagi permohonan rayuan Musim Haji 1444H/2023M melalui panggilan atau pesanan ringkas.

Untuk aduan dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.

SUMBER:

Facebook Rasmi Tabung Haji


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI