Penjelasan Isu Logo Halal NAHA, Jepun Pada Produk Instant Rice Noodle

TULAR:
1551

Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM):

Pihak kami ada menerima pertanyaan dari para pengguna di media sosial berkaitan isu status halal produk Instant Rice Noodle yang tertera tulisan pork bone broth flavor di label bungkusan.

Kekeliruan mulai timbul apabila tertera logo halal Nippon Asia Halal Association (NAHA) yang merupakan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di negara Jepun seterusnya mengundang pelbagai tuduhan dan persepsi buruk kepada badan pensijilan halal berkenaan yang didakwa memberi pensijilan halal pada produk yang tidak halal.

Untuk makluman, pihak NAHA telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa badan pensijilan halal berkenaan tidak pernah memberi pengesahan halal pada produk tersebut dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap syarikat berkenaan. Berdasarkan semakan pihak kami jua, produk berkenaan dijual di pasaran Thailand dan mula menular di sana.

Bagi sebarang aduan berkaitan isu penyalahgunaan logo dan sijil halal, boleh e-mel pihak kami di [email protected] atau di talian 03-8892 5000 / 5001.

SUMBER:

Facebook Rasmi JAKIM
Facebook Rasmi NAHA


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI