SEBENARNYA:
Pihak Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merujuk kepada beberapa penularan mesej Aplikasi Whatsapp yang menyatakan kekurangan Peralatan Perlindungan Peribadi (Personal Protective Equipment, PPE) di Jabatan Perubatan Kecemasan HCTM.
Pihak HCTM UKM dengan ini memaklumkan bahawa Hospital masih mempunyai bekalan PPE yang mencukupi dan Jabatan Perubatan Kecemasan antara Jabatan yang diberikan keutamaan untuk dibekalkan PPE memandangkan keperluan Jabatan tersebut. Semakan stok di Jabatan tersebut juga mendapati tiada masalah kekurangan seperti yang dimaklumkan.
Pihak HCTM UKM juga ingin memaklumkan bahawa pemakaian PPE di kalangan anggota petugas barisan hadapan adalah berdasarkan Prosedur Operasi Standard (Standard Operating Procedure, SOP) seperti yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sehubungan itu, pihak HCTM UKM menafikan ketidakcukupan PPE seperti yang didakwa.
SUMBER:
Facebook Rasmi HCTM
Twitter Rasmi HCTM
Twitter Rasmi Bernama