Tawaran Iklan Permohonan Terbuka Rumah Mampu Milik, Skim MyHome, MyDeposit Dan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Di Bawah SPP Kurang Tepat

TULAR:
1127

Menurut kenyataan media Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT):

KPKT menafikan tawaran iklan berhubung Permohonan Terbuka Rumah Mampu Milik Serendah RM30,000, Skim Myhome &MyDeposit 2021 serta Bantuan RM60,00 Bina Rumah Atas Tanah Sendiri di bawah Skim Pinjaman Perumahan (SPP) yang tular dan diiklankan secara dalam talian oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini berikutan terdapat pelbagai aduan dan pertanyaan daripada orang awam berhubung iklan palsu tersebut.

KPKT ingin menjelaskan bahawa pada masa ini, hanya permohonan bagi Program Perumahan Rakyat (PPR), Perumahan Penjawat Awam (PPAM), Perumah PR1MA dan SPNB sahaja yang dibuka oleh KPKT. Terdapat juga kekeliruan orang awam berhubung harga tawaran bagi ‘Program PPR Dimiliki’. Harga jualan yang ditetapkan adalah RM35,000 seunit bagi Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit bagi Sabah dan Sarawak.

Bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai program dan skim terkini yang ditawarkan oleh KPKT, orang awam adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada laman sesawang rasmi KPKT di https://www.kpkt.gov.my dan laman sesawang Jabatan Perumahan Negara di https://ehome.kpkt.gov.my atau https://teduh.kpkt.gov.my

SUMBER:

Facebook Rasmi KPKT

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI