SEBENARNYA:
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia):
MET Malaysia mengklasifikasikan maklumat yang dimuatnaik oleh satu akaun Twitter berkenaan “24,25,26 Disember, the climax of MTL (Monsun Timur Laut) will come” yang sedang tular di pelbagai platform media sosial serta aplikasi WhatsApp sebagai maklumat palsu.
Menurut MET Malaysia, MET Malaysia meramalkan berlaku luruan monsun pada 27 – 29 Disember 2021 dengan keberangkalian untuk berlaku hujan berterusan di Pantai Timur Semenanjung adalah rendah berikutan paras kelembapan udara yang rendah. Namun, hujan berterusan berpotensi berlaku di Sabah Timur dan Sarawak Barat dalam tempoh tersebut.
Angin kencang dan laut bergelora diramal berlaku di perairan Laut China Selatan termasuklah kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung mulai 26 – 29 Disember 2021.
Orang awam dinasihatkan merancang perjalanan ke kawasan-kawasan berkenaan dan sentiasa peka dengan maklumat terkini dan berwaspada.