Amaran Taufan Dan Tsunami Berkelajuan 150-200 KM/J Bakal Menuju Ke Borneo Adalah Tidak Benar

TULAR:
923

SEBENARNYA:

Menurut siaran media Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia):

MET Malaysia mengklasifikasikan maklumat berkenaan “Taufan + Tsunami berkelajuan 150 – 200 KM/J bakal menuju ke Borneo” yang sedang tular di pelbagai platform media sosial serta aplikasi WhatsApp sebagai maklumat palsu.

MET Malaysia juga mengesan penyalahgunaan gambar satelit dan logo MET Malaysia bagi menyokong kenyataan yang tidak benar dan boleh menimbulkan panik dalam kalangan orang awam.

SUMBER:

Facebook Rasmi MET Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI