Dakwaan Bahawa Virus COVID-19 Varian India Telah Menular Di Johor Adalah Tidak Benar

TULAR:
3667

SEBENARNYA:

Tiada kes COVID-19 membabitkan varian India dikesan di Johor setakat ini, kata Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Aman Rabu.

Beliau mengulas demikian susulan sebuah video berdurasi 32 saat yang tular sejak semalam yang menunjukkan beberapa petugas kesihatan sedang berusaha menguruskan seorang individu yang terbaring di tepi jalan, dipercayai berlaku di kawasan perindustrian Senai dekat sini.

“Siasatan video itu mendapati pesakit berkenaan tiada kaitan langsung dengan kes Covid-19,” katanya ketika dihubungi.

SUMBER:

Bernama
Facebook Rasmi JKNJ
Harian Metro
Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI