Dakwaan Bahawa YAB Perdana Menteri Dimasukkan Ke Hospital Ekoran Masalah Pembedahan Lalu Adalah Tidak Benar

TULAR:
1463

Menurut kenyataan media Pejabat Perdana Menteri:

YAB Perdana Menteri telah dimasukkan ke hospital pada 30 Jun 2021 dan masih menerima rawatan akibat jangkitan pada sistem penghadaman beliau.

Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan yang rapi, didapati tiada bukti menunjukkan masalah tumor lama yang berulang.

Atas nasihat pasukan doktor, beliau kini berada di hospital untuk terus mendapatkan rawatan antibiotik intravena.

Keadaan beliau adalah stabil dan bertambah baik serta dibenarkan bertugas semasa dalam rawatan. Beliau dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari lagi.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Perdana Menteri


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI