MBSP Tidak Pernah Bekerjasama Dengan Mana-Mana Pihak Dalam Pemberian Vaksin COVID-19

TULAR:
1357

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP):

MBSP dengan ini menafikan kandungan mesej yang tular di WhatsApp berkaitan kerjasama antara MBSP dan Sunway Carnival dalam pemberian vaksin dengan kadar bayaran RM50.00 . MBSP tidak pernah bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk memberi vaksin COVID-19 kerana pemberian vaksin adalah di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan pihak bertanggungjawab adalah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Orang ramai adalah dinasihati untuk tidak terpengaruh dengan mana-mana informasi yang tidak sahih dan segera mendaftar untuk mendapatkan vaksin COVID-19 melalui MySejahtera.

SUMBER:

Facebook Rasmi MBSP


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI