Menurut Kenyataan Media Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor:
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor ingin merujuk kepada mesej yang tular di media sosial berkaitan Daerah Kulai, Johor diisytihar sebagai Zon Merah ekoran mencatatkan 41 kes positif Covid-19.
Untuk makluman, JKN Johor ingin menafikan maklumat tersebut dan inanya adalah tidak benar.
Sehubungan itu, masyarakat diminta untuk tidak menularkan sebarang berita yang tidak sahih agar tidak mencetuskan kebimbangan atau kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
SUMBER:
Facebook Rasmi JKNJ
Harian Metro
Berita Harian
Sinar Harian