SEBENARNYA:
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, YDH ACP Zairulnizam bin Mohd Zainuddin @ Hilmi berita tersebut adalah palsu dan tidak benar.
Ini kerana pendekatan yang diambil semasa sekatan jalan raya diadakan adalah lebih kepada memberi nasihat kepada orang awam untuk berada di rumah jika tiada perkara atau urusan penting di luar.
Ekoran daripada viral tersebut, satu laporan polis telah dibuat dan akan disiasat dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 211/233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyebarkan berita palsu menerusi SMS atau media sosial hingga menyebabkan ianya menjadi satu fitnah.
SUMBER:
Facebook Rasmi Polis Kuala Lumpur