Tiada Doktor Pakar Di Sebuah Hospital Di Perak Meninggal Dunia Akibat Jangkitan COVID-19

TULAR:
3859

SEBENARNYA:

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah:

Sehingga jam 12 pm pada 20 Mac 2020, terdapat 45 kes COVID-19 di negeri Perak. Ini termasuk 2 orang pesakit yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Salah seorang pesakit ICU tersebut merupakan seorang Pakar Perubatan Perubatan Kecemasan (Emergency Medicine Physician) daripada sebuah hospital KKM di Perak. Beliau merupakan staf kesihatan KKM kedua yang memerlukan bantuan pernafasan di ICU. Manakala seorang lagi pesakit berusia 63 tahun merupakan peserta perhimpunan Ijtimak Tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling. Kedua-dua pesakit kini berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil. Tiada kematian seperti mana yang ditularkan di media sosial.

SUMBER:

Facebook Rasmi KP Kesihatan Malaysia

Berita Harian

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI