SEBENARNYA:
Menurut kenyataan Pengarah Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF):
Pihak pengurusan Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar menafikan bahawa terdapat staf HPSF positif COVID-19 seperti yang tular dalam rakaman audio di media sosial. Justeru, pihak hospital memohon agar tuan/puan tidak mudah mempercayai atau menularkan mesej yang tidak sahih.