Dakwaan Kononnya Penduduk Rumah Panjang Pasai Siong Dikuarantin Di Dewan Suarah Sibu Adalah Tidak Benar

TULAR:
1285

SEBENARNYA:

Laporan berserta foto yang tular mendakwa penduduk Rumah Langi, satu daripada lapan rumah panjang di Pasai Siong yang dikenakan sekatan pergerakan, ditempatkan di pusat kuarantin di Dewan Suarah Sibu adalah berita palsu.

Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak Dr Annuar Rapaee berkata setakat ini hanya penduduk yang positif dimasukkan ke Hospital Sibu, manakala yang lain dikuarantin di kediaman masing-masing.

“Setakat ini belum ada lagi yang ditempatkan di pusat kuarantin.”

SUMBER:

BERNAMA

Astro AWANI


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI