2 Suspek Kes Tembak Anggota Polis PGA Di Bukit Hitam Tidak Meloloskan Diri Ketika Masih Dalam Tahanan Polis, Tetapi Telah Dibebaskan Oleh Pihak Polis

TULAR:
3190

Menurut kenyataan media Polis Kedah:

Pada 7 Januari 2021, pihak polis kontinjen Kedah telah mengesan satu kandungan tular melalui media berkaitan isu 2 orang suspek kes menembak anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA) di Bukit Kayu Hitam pada 12 November 2020 telah meloloskan diri dari tahanan polis dan mengesyaki suspek-suspek tersebut mempunyai senjata api dan cuba meloloskan diri ke Thailand. Sehubungan dengan itu, pihak polis kontinjen Kedah ingin menegaskan bahawa kedua-dua suspek tersebut sebenarnya tidak meloloskan diri semasa dalam tahanan polis sebaliknya telah dibebaskan oleh polis disebabkan tiada arahan penahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dibenarkan oleh mahkamah.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM Kedah


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI