Dakwaan Menteri KKM Telah Tandatangani Perjanjian Vaksin Dengan WHO Adalah Tidak Benar

TULAR:
343

SEBENARNYA:

Menurut Kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM):

KKM mengambil perhatian serius terhadap suatu hantaran facebook yang mendakwa KKM telah pun menandatangani “perjanjian vaksin”, yang kononnya memaksa rakyat di negara ini untuk mengambil vaksin.

KKM ingin menegaskan bahawa tangkap layar tersebut merupakan kandungan yang memberi persepsi negatif kepada kementerian, yang mana dakwaan tersebut adalah tidak benar.

Sebenarnya foto tersebut memaparkan, YB Dr. Zaliha Mustafa yang mewakili negara dalam pembaharuan WHO Global Service Centre (GSC), Host Country Agreement (HCA) pada 31 Januari 2023, menerusi hubungan kerjasama negara dalam sektor kesihatan demi pembangunan modal insan dan meningkatkan daya saing agar lebih kompetitif dalam kalangan ahli anggota WHO, bukan seperti yang didakwa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam posting berkenaan.

SUMBER:

Facebook Rasmi KKM

Twitter Rasmi/X KKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI