Mesej Tular Berkenaan Penularan Varian Baharu COVID-19 Omicron XBB Adalah Mesej Palsu Yang Dikitar Semula

TULAR:
1387

SEBENARNYA:

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

KKM ingin memaklumkan terdapat cubaan untuk menyebarkan maklumat palsu yang pernah dipalang palsu oleh KKM pada 1 November 2022 yang lalu.

Justeru, orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak berkongsi maklumat tersebut supaya tidak menimbulkan suasana panik serta menyeru agar masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan kenyataan yang tidak diketahui kesahihannya.

Maklumat yang palsu seumpama ini tidak memberi apa- apa kebaikan kepada kita semua memandangkan KKM sentiasa memaklumkan situasi semasa COVID-19, termasuk varian, menerusi Kenyataan Media Rasmi kementerian, dan boleh melayari KKMNOW untuk butiran data terkini bagi maklumat jangkitan semasa COVID-19.

SUMBER:

Facebook Rasmi KKM

Twitter Rasmi KKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI