Dakwaan Mesej Kononnya Hospital Sultanah Nora Ismail Kekurangan Alat Penyukat Suhu ‘Infrared Thermometer’ Adalah Tidak Benar

TULAR:
1236

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Pengarah Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat:

Pihak HSNI ingin merujuk kepada mesej berangkai yang tular bahawa hospital ini mengalami masalah kekurangan alat penyukat suhu.

Pihak HSNI ingin menafikan kenyataan bahawa alat penyukat suhu tidak mencukupi adalah tidak benar sama sekali. Alat penyukat suhu masih mencukupi buat masa ini bagi menampung keperluan semasa di HSNI Batu Pahat.

Pihak hospital memohon agar tiada penyumbnag yang mengambil kesempatan atas situasi semasa wabak COVID-19 pada ketika ini samada kepentingan secara peribadi atau kepentingan dari mana-mana pihak.

Walau bagaimanapun, pihak pengurusan hospital amat menghargai setiap sumbangan yang diberikan setakat ini dan jutaan terima kasih diucapkan atas sumbangan tersebut.

SUMBER:

Facebook Rasmi JKN Johor


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI