Kes Kematian Disyaki COVID-19 Di Jalan Abdul Rahman Limbong, Padang Negara, Kuala Terengganu Disahkan Negatif COVID-19

TULAR:
2230

Menurut kenyataan rasmi Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu ingin merujuk kepada satu kenyataan yang tular di aplikasi WhatsApp berkenaan kematian satu kes disyaki COVID-19 di Jalan Abdul Rahman Limbong, Padang Negara, Kuala Terengganu pada 14 April 2020.

Untuk makluman, si mati didapati telah meninggal dunia di rumah dan jenazah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah pada hari yang sama untuk pemeriksaan. Hasil ujian makmal ke atas si mati menunjukkan beliau negatif terhadap COVID-19.

Namun begitu, pihak jabatan ini menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan menjaga diri serta keluarga masing-masing dengan kekal berada di rumah memandangkan seseorang itu boleh dijangkiti virus COVID-19 daripada pesakit yang tidak bergejala.

Orang ramai juga diminta untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berjalan di samping mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, kerap mencuci tangan, etika batul yang betul dan penjarakan sosial (social distancing) bagi mengawal penularan COVID-19.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI