Dakwaan Bekalan PPE Di Hospital Sultan Ismail Hampir Kosong Adalah Tidak Benar

TULAR:
1173

Menurut kenyataan media Pengarah Hospital Sultan Ismail Johor Bahru:

Pihak Hospital Sultan Ismail Johor Bahru (HSIJB) ingin merujuk kepada mesej berangkai yang tular mengenai dakwaan salah seorang anggota hospital yang menyatakan bahawa bekalan penggunaan ‘Personal Protection Equpment’ (PPE) telah hampir kosong. Dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali.

Pihak hospital sedia maklum kadar penggunaan PPE pada ketika ini adalah sangat tinggi. Walau bagaimanapun, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan hospital sentiasa berusaha untuk memastikan bekalan PPE sentiasa ada bagi meneruskan perkhidmatan perawatan kepada pesakit.

Dimaklumkan, sebarang jenis sumbanagan kepada pihak hospital perlu melalui saluran yang betul.

SUMBER:

Facebook Rasmi JKN Johor


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI