Borang Berbentuk Google Forms Kononnya Dari JAKIM Untuk Tabung Musaadah COVID-19 Adalah Palsu

TULAR:
1882

SEBENARNYA:

Menurut Bahagian Dakwah, JAKIM:

Kepada pengguna media sosial Facebook/ Instagram/ Twitter/ dan lain-lain, adalah dimaklumkan JAKIM tidak menyediakan borang berbentuk Google Forms untuk Tabung Musaadah COVID-19.

Jika terdapat borang berbentuk Google Forms seperti yang tertera, anda dinasihatkan untuk tidak mengisi sebarang maklumat berkaitan.

Pihak JAKIM menafikan terdapat borang berbentuk Google Forms untuk Tabung Musaadah COVID-19.

SUMBER:

Facebook Rasmi Bahagian Dakwah JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI