Dakwaan Mesej Kononnya Terdapat Warga ATM Dijangkiti COVID-19 Sewaktu Proses Pengundian Awal Sempena PRN Sabah Adalah Tidak Benar

TULAR:
1593

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM):

Adalah dimaklumkan bahawa ATM menafi mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengatakan terdapat jangkitan COVID-19 dikalangan warga ATM setelah mencelup jari dengan dakwat sewaktu proses mengundi awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 22 September 2020.

Maklumat yang tular di media sosial adalah tidak benar dan boleh menimbulkan kekeliruan, kebimbangan masyarakat serta mengganggu proses PRN Sabah.

SUMBER:

Facebook Rasmi Markas ATM

Instagram Rasmi Markas ATM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI