Dakwaan Nota Suara WhatsApp Kononnya Kawasan Putrajaya Dilanda Covid-19 Adalah Palsu

TULAR:
713

SEBENARNYA:

Menurut Perbadanan Putrajaya:

Jangan terpedaya dengan audio laporan individu yang sedang tular di whatsapp.

Laporan yang diberi iaitu mengatakan Putrajaya dilanda Corona Virus, hospital Putrajaya sesak dan staf-staf dijangkiti dan disyaki dijangkiti tidak menggambarkan situasi sebenar di Putrajaya dan dikhuatiri akan menimbulkan panik.

Keadaan di Putrajaya adalah seperti biasa dan orang ramai dinasihatkan untuk mengamalkan langkah berjaga-jaga sebagaimana disarankan oleh KKM.

SUMBER:

Facebook Rasmi Perbadanan Putrajaya


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI