
SEBENARNYA:
Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):
KPM prihatin terhadap semua kegusaran yang dibangkitkan masyarakat berhubung berita yang tular mengenai kemungkinan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR).
KPM ingin memaklumkan bahawa, pada masa ini, sesi persekolahan berjalan seperti biasa. Tiada sebarang ketetapan dibuat berkaitan pelaksanaan PdPR.
Keutamaan KPM adalah untuk memastikan pembelajaran anak-anak tidak terjejas, serta pada masa sama aspek kebajikan dan kesejahteraan semua pihak terpelihara.
SUMBER:






