Dakwaan Peningkatan Kes COVID-19 Akibat Strain Virus Baharu Adalah Tidak Benar

TULAR:
2394

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

Baru-baru ini telah tular di aplikasi WhatsApp berhubung dengan penularan kes COVID-19 semakin meningkat sejak 3 minggu yang lalu dan mendakwa trend berlakunya peningkatan kes adalah disebabkan oleh strain virus baharu hingga menyebabkan “1 dalam setiap 6 ke 7 orang pesakit” mendapat jangkitan paru- paru hingga memerlukan bantuan pernafasan.

Kenyataan ini sama sekali 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 kerana ketika ini, kadar kemasukan pesakit COVID-19 ke wad hanya sekitar 2-3% manakala, 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐣𝐚𝐝𝐢𝐚𝐧 wad penuh bagi kemasukan pesakit COVID-19 di hospital telah dilaporkan.

Justeru, orang ramai digesa agar tidak mudah mempercayai mesej yang ditularkan menerusi mesej berantai yang tidak diketahui sumber kesahihannya di media sosial dan merujuk portal KKMNOW di data.moh.gov.my untuk status semasa kes COVID-19 bagi memperjelaskan mengenai situasi ini.

SUMBER:

X Rasmi KKM

Facebook Rasmi KKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI