SEBENARNYA:
Maklumat seperti ditularkan dalam aplikasi WhatsApp mengenai wabak koronavirus (COVID-19) yang dikatakan tersebar ke sekitar Juasseh melalui seorang pesakit adalah palsu.
Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap berkata, sehingga kini tiada pengesahan berhubung dakwaan tersebut oleh Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan.
“Maklumat tular mengatakan individu yang dijangkiti COVID-19 telah pergi merata tempat termasuk tanah perkuburan, pasar raya dan beberapa kedai runcit di sekitar Pekan Juasseh sepertimana ditularkan adalah tidak benar.”
Mohd Faizal berkata, bagaimanapun memang benar terdapat satu kes baharu COVID-19 dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Negeri Sembilan pada 30 Mei 2020.
“Pejabat Kesihatan daerah juga telah membuat ujian saringan terhadap kontak rapat pesakit dan setakat ini masih tiada pengesahan mengatakan individu yang dijangkiti adalah pembawa virus dari Shah Alam.
“Jabatan Kesihatan sedang menjalankan siasatan untuk mencari punca jangkitan sama ada melalui ziarah raya atau punca lain.”
SUMBER:
Facebook Rasmi Majlis Daerah Kuala Pilah