Dakwaan Terdapat Individu Menyamar Sebagai Anggota Kesihatan Dengan Menggunakan Van KKM Adalah Tidak Benar

TULAR:
2531

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

Dakwaan mengatakan van KKM digunakan untuk aktiviti jenayah adalah palsu. Van tersebut adalah milik KKM dan kakitangan yang terlibat adalah warga kerja KKM. Pihak KKM telah membuat laporan polis berhubung aduan palsu ini.

Jelas KKM, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan menghubungi anda sebelum mereka datang ke rumah.

Selain itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga turut mengesahkan bahawa pihak PDRM telah menerima laporan Polis pada 14/6/2020 mengenai isu ini dan telah menjalankan siasatan mendapati ianya merupakan salah faham di antara pengadu dan pihak yang hadir di lokasi rumah pengadu. Nombor pendaftaran yang diviralkan adalah ‘salah’ dan tidak tepat sehingga wujud kenderaan yang lain.

Tiga orang individu yang diviralkan adalah disahkan sebagai kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kenderaan m/van adalah milik Kementerian Kesihatan Daerah Petaling.

Pihak KKM juga telah membuat laporan Polis pada 15/6/2020 mengesahkan kehadiran pegawai KKM dilokasi bagi pemantauan PUI Covid 19 pada 14/6/2020 jam 2.00 petang.

Dalam pada itu juga, pemilik rumah yang berkaitan juga turut membuat penjelasan dan mengesahkan bahawa van serta kakitangan yang ditularkan adalah daripada KKM. Penjelasan tersebut boleh dirujuk seperti berikut:

SUMBER:

Facebook Rasmi KKM

Facebook Rasmi IPD Shah Alam


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI