SEBENARNYA:
Menurut kenyataan media Polis Diraja Malaysia (PDRM):
Polis menafikan terdapat kes penculikan atau cubaan menculik seorang kanak-kanak di daerah ini seperti yang tular menerusi satu rakaman suara di aplikasi WhatsApp.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, hasil semakan mesej rakaman suara palsu yang meminta masyarakat menyalurkan maklumat berkaitan penculikan itu tular sejak 2016 dan kembali diulang siar pihak tidak bertanggungjawab.
“Rakaman suara itu mendakwa kanak-kakak terbabit diculik dan dilarikan menggunakan Proton Iswara warna putih dan bercermin gelap dari Pengkalan ke Melaka Pindah.
“Mesej itu juga mendakwa pihak berkuasa sedang mengesan kanak-kanak dan kenderaan terbabit serta meminta orang ramai membuat laporan polis jika mengetahuinya.
“Saya sahkan polis di sini tidak menerima sebarang laporan berkaitan penculikan setakat ini dan mesej itu tidak betul serta dipercayai sudah tersebar sejak lima hingga enam tahun lalu,” katanya dihubungi di sini.
Terdahulu, tular rakaman suara berdurasi 19 saat di aplikasi WhatsApp mendakwa berlaku kes penculikan kanak-kanak di Pengkalan, dekat sini, yang turut disertakan gambar dua kanak-kanak tidak dikenali.
SUMBER:
Facebook Rasmi PDRM
Harian Metro
Berita Harian