Waspada Dengan Sindiket Penipuan Menggunakan Nama & Logo Bursa Malaysia

TULAR:
416

Menurut kenyataan Bursa Malaysia :

Dengan menggunakan saluran Telegram, “scammer” menyalahgunakan nama dan logo Bursa Malaysia untuk memperdaya orang awam. “Scammer” kemudian mempromosikan skim cepat kaya dalam bentuk pelaburan untuk mendapatkan dana daripada peserta.

Bursa Malaysia sama sekali tidak mengiktiraf atau memberi kebenaran untuk aktiviti tidak berlesen seperti ini. Jika anda menemui saluran Telegram lain yang menggunakan nama Bursa Malaysia, semak dan sahkan dengan Pusat Khidmat Bursa Malaysia di talian +603-2732 0067, atau e-mel [email protected].

Anda juga boleh menyemak dengan Senarai Amaran Pelabur, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di http://sc.com.my/investor-alert sebelum melabur.

SUMBER:

Facebook Rasmi Bursa Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI