Dakwaan Bahawa Empangan Tasik Kenyir Akan Pecah Adalah Tidak Benar

TULAR:
1235

Menurut kenyataan Tenaga Nasional Berhad (TNB):

TNB ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat palsu yang tular mengenai ‘Amaran Awal Kemungkinan Empangan Kenyir Pecah’ yang boleh menimbulkan situasi panik di kalangan orang ramai.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan mereka pada 2 Oktober 2022 menyatakan bahawa berita tular tersebut adalah berkaitan Latih Amal Pelan Tindakan Kecemasan Empangan Kenyir pada 26-29 September 2022 yang lalu.

Latih amal atau ‘drill’ tersebut turut disertai Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, TNB dan NADMA untuk memperkemas dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan semua agensi termasuk orang awam untuk memahami tindakan yang perlu diambil terutamanya menjelang musim Monsun Timur Laut November ini.

Empangan Kenyir masih dalam keadaan selamat dan terkawal serta pihak TNB sentiasa memantau paras air di empangan tersebut.

SUMBER:

Facebook Rasmi TNB Careline
Instagram Rasmi NADMA


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI