Penjelasan Kejadian Melarikan Orang Secara Paksa Menggunakan Vellfire Putih

TULAR:
3131

Menurut kenyataan media Polis Daerah Ampang Jaya:

TEMPAT KEJADIAN
Sebuah restoran, Jalan Pandan Indah 1/23D, Ampang, Selangor.

RINGKASAN KES:
Pada tarikh 29/09/2022 jam lebih kurang 1703hrs Bilik Kawalan IPD Ampang Jaya telah menerima panggilan MERS999 stau kejadian melarikan orang dan dibawa masuk ke dalam sebuah kereta jenis Vellfire warna putih.

Siasatan dapati mangsa merupakan seorang lelaki tempatan umur 38 tahun kerja ahli perniagaan yang mana sebelum kejadian telah pergi makan seorang diri ke restoran berkenaan. Semasa di dalam restoran berkenaan, telah datang sekumpulan suspek dipercayai lelaki tempatan telah menarik dan memaksa mangsa masuk ke dalam kereta Vellfire putih. Mangsa menjerit meminta tolong dan cuba untuk melepaskan diri namun tidak berjaya. Mangsa telah dilarikan menaiki kereta Vellfire dari tempat kejadian.

Pada 29/09/2022 jam lebih kurang 2245hrs mangsa telah hadir ke IPD Ampang Jaya. Dipercayai mangsa telah dilepaskan di Klang selepas kejadian. Mangsa mengalami beberapa kecederaan luka di bahagian kaki dan muka akibat kejadian dan telah mendapat rawatan di Hospital Ampang. Dipercayai punca kejadian akibat masalah hutang dengan pihak majikan. Dalam kejadian ini juga turut tular di laman sosial Whatsapp tentang kejadian berlaku yang melibatkan sebuah kenderaan Toyota Vellfire warna putih.

Usaha mengesan suspek yang telah dikenal pasti sedang giat dijalankan.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Daerah Ampang Jaya
Twitter Rasmi Polis Daerah Ampang Jaya


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI