Iklan Menawarkan Bantuan Lesen Memandu Percuma Adalah Tidak Benar

TULAR:
617

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ):

JPJ telah menerima laporan berkaitan iklan Bantuan Lesen Memandu Percuma Buat Semua Golongan, melalui aplikasi Whatsapp.

Menerusi iklan yang telah menyalahgunakan gambar YAB Perdana Menteri Malaysia itu, sindiket berkenaan mempromosikan lesen memandu percuma yang boleh didaftarkan, melalui pautan https://www.motif.my/bantuan-lesen/.

Bukan itu sahaja, orang ramai turut dipelawa untuk menyertai ‘group whatsapp’ di pautan https://www.portalmalaysia.com/whatsappgroupbantuan, untuk memperdaya lebih ramai mangsa.

JPJ ingin memaklumkan bahawa iklan tersebut adalah palsu.

SUMBER:

Facebook Rasmi JPJ
Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI