Dakwaan Berlaku Kejadian Cubaan Culik Di Mentakab Adalah Tidak Benar

TULAR:
692

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Polis Temerloh:

Pada 28/09/2022 jam lebih kurang 8.00 pagi Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, Pahang telah mengesan satu posting yang dikongsi oleh pemilik akaun ‘Aisyah Eca’ di laman sesawang Facebook Termerloh & Mentakab mengenai berita kejadian cubaan culik di dalam daerah Temerloh iaitu di kawasan Mentakab.

Siasatan awal telah dijalankan dan mendapati kejadian yang diwar-warkan itu adalah tidak benar dan hanyalah suatu salah faham. Semasa kejadian terdapat 1 motokar bercermin gelap yang diletakkan di hadapan kawasan rumah berkenaan. Tujuan pemilik motokar terbabit adalah untuk menukar peralatan dapur gas di rumah jirannya. Keadaan kenderaan yang diletakkan disitu telah menimbulkan rasa curiga dan dikhuatiri digunakan bagi tujuan penculikan. Pemilik akaun Facebook ‘Aisyah Eca’ telah pun memohon maaf atas salah faham yang berlaku menerusi posting terbarunya di laman Facebook serta menafikan kejadian culik tersebut.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Temerloh


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI