Mesej Tular Mengenai Kegiatan Penculikan Kanak-Kanak Untuk Tujuan Penjualan Organ Adalah Tidak Benar

TULAR:
1109

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Polis Daerah Rompin:

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan sebaran mesej palsu di media sosial meminta masyarakat berwaspada berkaitan kejadian penculikan melibatkan sekumpulan kanak-kanak. Kanak-kanak ini dikatakan diberi bahan terlarang yang menyebabkan mereka tidak mampu bercakap untuk memudahkan mereka dilarikan menaiki lori ayam ke negara jiran bagi tujuan pemindahan organ. Mesej tersebut juga mendakwa bahawa pihak berkuasa telah melakukan pemeriksaan ke atas lori berkenaan dan menjumpai enam (6) orang kanak-kanak.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah percaya dan menyebarkan berita-berita yang tidak berasas serta tidak ditentukan kesahihannya. Mana-mana individu dikesan menyebarkan sebarang berita palsu, boleh disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

Semakan mendapati bahawa isu ini pernah tular pada tahun 2018 seperti yang telah diterbitkan dipautan berikut:
https://sebenarnya.my/kes-culik-untuk-dapat-organ-di-rompin/

Berita terdahulu:
i. Tahun 2014
ii. Tahun 2015

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM
Twitter Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI