Lori Ayam Digunakan Untuk Seludup Enam Orang Kanak-kanak?

TULAR:
224

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat lori ayam yang digunakan untuk seludup enam orang kanak-kanak. Kanak-kanak itu dikatakan dibius dan disorok di dalam lori.

Gambar hiasan. Sumber: laman web PDRM

SEBENARNYA :

PDRM dalam kenyataannya menyatakan penyebaran khabar angin di Internet dan media sosial bahawa terdapat sekumpulan kanak-kanak yang ditemui di dalam sebuah lori di sempadan utara Semenanjung Malaysia dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai ingin diseludup ke negara jiran adalah TIDAK BENAR.

Hasil semakan mendapati tiada laporan kes sedemikian diterima.

SUMBER :

Laman Web Rasmi Polis Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI