Sesiapa Menyebarkan Gambar Nota RM100 Palsu Akan Ditangkap?

TULAR:
308

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa polis akan menangkap individu-individu yang menyebarkan gambar wang palsu RM100 walaupun ianya hanyalah gambar.

Sumber gambar : DollarsAndSense

SEBENARNYA:

Polis Bukit Aman menafikan khabar angin yang tersebar di media sosial bahawa polis akan menangkap individu-individu yang menyebarkan gambar wang palsu RM100.

Penolong Ketua, Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad mengesahkan bahawa gambar itu sememangnya dipalsukan dan bahawa khabar angin itu tidak benar.

ACP Asmawati menambah bahawa editor dari portal berita dalam talian itu juga telah mengesahkan bahawa gambar itu dipalsukan.

SUMBER :

MStar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI