Sindiket Milo Tiruan Di Mantin?

TULAR:
636

PENJELASAN:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat sindiket Milo tiruan di Mantin seperti yang dilaporkan media.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK), mereka berjaya merampas produk minuman Milo tiruan dengan nilai rampasan RM250,000 dalam serbuan yang dilakukan di taman perumahan mewah di Mantin.

Ketua Penguat Kuasa Negeri, Saifulbahri Abdul Kadir berkata, produk tiruan itu dikesan melalui aduan orang awam selepas melihat ada aktiviti yang mencurigakan di sebuah rumah di situ sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, melalui pemeriksaan yang dilakukan bersama wakil syarikat Nestle di Taman Mulia, Mantin itu terdapat beberapa bekas berisi Milo tiruan yang belum dibungkus dalam rumah terbabit.

“Hasil pemeriksaan itu kita dapati terdapat sebanyak 225 bungkusan yang berisi Milo tiruan disimpan di dalam sebuah bilik. Kita percaya bungkusan berjenama Milo tiruan itu sedia untuk dipasarkan di sekitar negeri ini dan kawasan berhampiran.”

 

SUMBER:

Utusan Malaysia

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI