![ICQS](https://i0.wp.com/sebenarnya.my/wp-content/uploads/2017/03/ICQS.jpeg?resize=621%2C495&ssl=1)
PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya Kompleks ICQS Tebedu, Serian ditutup ekoran berlakunya ketegangan dan rusuhan di sempadan Malaysia-Indonesia.
Ketengangan dikatakan berkaitan dengan dakwaan terdapat mayat warga Indonesia tanpa organ yang dihantar pulang ke Indonesia selepas meninggal dunia di Malaysia.
Sumber gambar : Whatsapp
SEBENARNYA :
Pihak PDRM mengesahkan bahawa kenyataan yang digembar-gemburkan di dalam media sosial berkaitan Kompleks ICQS Tebedu, Serian ditutup ekoran berlakunya ketegangan dan rusuhan di sempadan Malaysia-Indonesia adalah tidak benar.
Keadaan kompleks adalah tenang dan pergerakan keluar masuk di sempadan beroperasi seperti biasa.