UPP Berjaya Menangkap Penyeludup Kanak-Kanak ke Thailand?

TULAR:
720

PALSU :

Tular di media sosial dakwan bahawa Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) berjaya membuat tangkapan terhadap sindiket penyeludupan kanak-kanak yang menggunakan lori ayam.

Sumber gambar : Facebook.

SEBENARNYA :

Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah menafikan dakwaan telah membuat tangkapan berkenaan penyeludupan kanak-kanak ke Thailand seperti yang disebar melalui aplikasi Whatsapp.

Komandernya, Abd Latif Abdul Rahman berkata, pihaknya sehingga kini tidak pernah membuat tangkapan terhadap lori ayam yang membawa kanak-kanak untuk diseludup organ di negara jiran itu.

“Khabar angin mendakwa enam kanak-kanak telah diselamatkan di Bukit Kayu Hitam, Kedah ketika hendak diseludup ke Thailand untuk diambil organ adalah tidak benar,” katanya

SUMBER : 

Mstar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI