Kod E Dikaitkan Mengandungi Lemak Babi?

TULAR:
684

PENJELASAN :

Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperjelaskan dakwaan bahawa kod E yang dikaitkan mempunyai lemak babi sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook
JAKIM ingin memaklumkan kepada masyarakat berhubung maklumat yang telah disebarkan secara meluas khasnya melalui media sosial berhubung kod E yang dikaitkan mempunyai lemak babi.
Untuk makluman, KOD E ialah kod untuk bahan tambah (aditif) dan ianya selalu digunakan pada label makanan di negara Kesatuan Eropah.
Menurut JAKIM, tidak semua nombor E yang digunakan untuk membuat sesuatu produk makanan berasaskan dari sumber yang haram. Sehubungan itu, sekiranya sesuatu produk merupakan produk tempatan dan mendapat sijil Pengesahan Halal Malaysia, maka ia boleh digunakan tanpa was-was sekalipun mempunyai kod E-kod. Tetapi sekiranya produk tersebut bukan produk tempatan serta tidak mendapat sijil pengesahan halal Malaysia walaupun menggunakan e-kod yang sama, pengguna dinasihatkan agar berhati-hati dalam memilih produk tersebut.
SUMBER:

MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI