MAS Bakal Tutup Operasi Pada 28 Mei 2014?

TULAR:
538

PALSU :

Tular di media sosial  dakwaan bahawa Malaysia Airlines (MAS) bakal menutup operasi pada 28 Mei 2014.

Sumber gambar : ITC.

SEBENARNYA :

Malaysia Airlines (MAS) menafikan bahawa syarikat penerbangan itu akan menutup operasinya pada 28 Mei.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Jauhari Yahya berkata, dakwaan tersebut yang dibuat dalam beberapa artikel mengambil sumber tidak rasmi dan telah menimbulkan keresahan di kalangan penumpangnya.

Katanya, penumpang tidak perlu berasa bimbang kerana syarikat itu menjalankan perniagaan seperti biasa.

SUMBER :

MStar

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI