Coklat Cadbury Mengandungi DNA Babi?

TULAR:
3014

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa DNA babi ditemui di dalam produk coklat Cadbury.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan dua sampel produk coklat keluaran syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd. (Cadbury) yang diambil terus daripada kilang syarikat itu dikesan tidak mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine).

Produk berkenaan adalah coklat susu dengan kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan coklat susu dengan buah badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond).

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom selepas keputusan ujian yang dijalankan terhadap dua sampel coklat berkenaan diterima.

SUMBER :

Utusan

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI