Polis Edar Gambar Individu Langgar Mati Pegawai Polis?

TULAR:
278
Sumber gambar : PDRM

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa pihak polis telah mengedarkan gambar individu yang telah melanggar lari seorang anggota polis, Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah sehingga mengakibatkan kematiannya.

Sumber gambar: Blog Mymediahub.

SEBENARNYA:

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan menafikan pihaknya ada mengeluarkan gambar dua orang peniaga  yang dikatakan melanggar mati seorang anggota polis, dan mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak disahkan terlebih dulu.

SUMBER:

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI