Waspada Akaun WhatsApp Yang Menggunakan Gambar Dan Nama Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia

TULAR:
616

Menurut kenyataan rasmi Jabatan Kerja Raya (JKR):

JKR ingin memaklumkan bahawa terdapat pihak yang tidak bertanggungiawab telah menyalahgunakan gambar profil dan nama Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato’ Seri Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman menerusi nombor telefon palsu dan aplikasi WhatsApp untuk tujuan khianat.

Semua pihak disarankan untuk berhati-hati dan tidak terpedaya dengan penipuan oleh individu yang tidak bertanggungjawab tersebut.

SUMBER

Facebook Rasmi Jabatan Kerja Raya


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI