Waspada Panggilan Telefon Yang Meminta Nombor OTP Atau TAC

TULAR:
762

Menurut kenyataan media Polis Diraja Malaysia (PDRM):

Sindiket penipuan tersebut telah mengaburi mata mangsa dengan taktik meminta nombor One Time Passcode (OTP) atau Transaction Authorisation Code (TAC) dengan alasan nombor telefon mangsa telah didaftarkan secara tidak sengaja didalam aplikasi tertentu.

Setelah nombor tersebut diperolehi, sindiket penipuan tersebut akan menggodam maklumat perbankan milik mangsa, dan seterusnya melakukan transaksi pemindahan wang ke akaun tertentu.

Masyarakat dinasihatkan agar tidak berkongsi maklumat peribadi kepada individu yang tidak dikenali.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM

Twitter Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI