SEBENARNYA:
Menurut kenyataan media Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu:
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu ingin merujuk kepada kenyataan yang tular di laman Facebook pada 14 Mei 2020 berkenaan kononnya terdapat kes COVID-19 di Pasar Borong Gong Pauh, Kuala Terengganu di kalangan pemandu lori sayur dari Selayang.
Pihak jabatan ini menafikan sepenuhnya kenyataan tersebut. Untuk makluman, aktiviti saringan peniaga Pasar Borong Gong Pauh yang telah dijalankan pada 14 Mei 2020 adalah sebagai langkah berjaga-jaga dan proaktif pihak jabatan bagi mencegah penularan COVID-19 di kalangan masyarakat dalam usaha untuk mengekal status hijau di Negeri Terengganu. Pasar Borong Gong Pauh dipilih sebagai lokasi saringan kerana berisiko sebagai pusat penularan memandangkan ianya merupakan tempat tumpuan ramai dan sentiasa sesak dengan pengunjung.
SUMBER:
Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu