SEBENARNYA:
Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ):
Penularan Video Mendakwa Terdapat 1 Kes Kematiaan COVID-19 Di Daerah Batu Pahat.
Pada 15/3 – 16/3/2020, terkesan penularan video di media sosial terutamanya whatsapp berkaitan sedutan berita Buletin Awani yang mendakwa terdapat 1 kes kematian akibat COVID-19 di Kampung Bintang, Peserai, Batu Pahat.
Untuk makluman, video tersebut bukanlah melibatkan kematian akibat kes COVID-19, tetapi adalah kes kematian akibat Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) pada tahun 2014, setelah kembali dari menjalani ibadah umrah di Mekah pada tahun 2014.
Penelitian pihak MCMC juga mendapati bahawa video yang disebarkan adalah video laporan Astro Awani pada tahun 2014 yang ditularkan semula pada ketika ini, dengan secara tidak langsung cuba mengaitkannya dengan COVID-19.
SUMBER:
Facebook Rasmi JKNJ
Astro Awani