SEBENARNYA:
Menurut kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ):
JPJ dengan ini ingin memaklumkan bahawa kenyataan yang telah tular di WhatsApp yang mewajibkan Warga Emas yang berusia 65 tahun dan ke atas perlu menjalani pemeriksaan mata dan pemeriksaan kesihatan bermula tahun 2024 adalah tidak benar.
Sehubungan itu, pembaharuan lesen memandu bagi warga emas adalah seperti biasa.
Dalam hal ini, JPJ menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dan menghubungi pejabat JPJ yang berdekatan bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat supaya tidak tertipu.