Dakwaan Kenyataan Media Berkaitan Siasatan Ke Atas KPPA Oleh YAB PM Adalah Tidak Benar

TULAR:
491

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO):

Merujuk kepada Kenyataan Media bertajuk “Siasatan ke atas Dato’ Dr. Zulkapli bin Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam” bertarikh 25 Julai 2023 yang didakwa dikeluarkan oleh YAB Perdana Menteri dan sedang tular di platform media sosial.

Untuk makluman, kenyataan tersebut adalah palsu.

Pejabat Perdana Menteri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti ini.

Tindakan mengeluarkan kenyataan tersebut ternyata berniat jahat dan mengelirukan rakyat. Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Perdana Menteri

Facebook Rasmi PMO


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI