Dakwaan Warga Emas Berusia 65 Tahun Ke Atas Perlu Menjalani Pemeriksaan Mata Dan Kesihatan Bagi Memperbaharui Lesen Memandu Bermula Tahun 2024 Adalah Tidak Benar

TULAR:
673

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ):

JPJ dengan ini ingin memaklumkan bahawa kenyataan yang telah tular di WhatsApp yang mewajibkan Warga Emas yang berusia 65 tahun dan ke atas perlu menjalani pemeriksaan mata dan pemeriksaan kesihatan bermula tahun 2024 adalah tidak benar.

Sehubungan itu, pembaharuan lesen memandu bagi warga emas adalah seperti biasa.

Dalam hal ini, JPJ menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dan menghubungi pejabat JPJ yang berdekatan bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat supaya tidak tertipu.

SUMBER:

Facebook Rasmi JPJ


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI